Laman Utama

Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Yonnyboii & Isteri Lancar Lagu Duet Pertama

gempak
Izwan Isa
20/11/2022
04:50 MYT
Sponsor Banner
Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Yonnyboii & Isteri Lancar Lagu Duet Pertama
Sempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan pertama, penyanyi Yonnyboii meluahkan rasa beruntungnya bergelar suami kepada isterinya, Nik Nazira.
Yonnyboii berkata, selain merasai seperti baru berkahwin semalam, Nazira juga merupakan individu yang banyak memberikan sinar dalam hidupnya.
“Happy anniversary sayang ku. Dah setahun kita berkahwin… macam baru semalam sahaja rasanya kita bernikah. Kamu lah orang pertama yang buatkan saya rasa apa yang saya tak pernah rasa, buat perkara yang saya rasa mustahil untuk lakukan.
“Kamu merupakan cahaya dan harapan yang menyinari saya ketika saya perlukan kamu. Kamulah cahaya, bidadari dan isteri ku.
“Tak sabar rasanya untuk melihat masa depan kamu. Untuk lebih banyak lagi hal-hal menarik kita bersama, sayang,” tulis Yonnyboii di Instagramnya.
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram isterinya, Nazira berkata, sepanjang bergelar isteri selama setahun, ia diumpamakan sebagai satu perjalanan yang sangat mengagumkan.
“Tak pernah sangka saya bertuah untuk dicintai oleh kamu. Apa yang saya mahukan adalah dicintai dan dilindungi seperti apa yang kamu lakukan kepada saya. You have given me eternity to be grateful for that, suami ku.
“I can’t wait for the next forever with you. Happy anniversary cinta hati ku. I love you quantum reality. Do give our first song Bag a listen,” ungkap Nazira.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live