,
Laman Utama

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Terus Terjemah Aspirasi Malaysia MADANI

Ernalisa
31/08/2024
11:25 MYT

Sambutan Hari Kebangsaan akan terus menjadi platform menterjemahkan aspirasi Malaysia MADANI terutamanya dalam memperkukuh perpaduan berbilang kaum di negara ini, selain menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.

Bertemakan 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka', acara sambutan Hari Kebangsaan 2024 bakal mengetengahkan konsep kebersamaan rakyat yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat selari dengan maksud tema tahun ini, iaitu perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri. BERITA BERKAITAN : Insomniacks & Nabila Taqiyyah - Belum Mulai (Versi Akustik) | Gempak Jam Session BERITA BERKAITAN : Anding ‘Comeback’ Sebagai Wira, Sedia Takluk Pawagam! | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Bangmed Viral Di Sukan Olimpik! Rapat Dengan Atlet, Bidas Etika Kewartawanan | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

Acara gilang-gemilang yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, di sini, menyajikan perbarisan dan perarakan melibatkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam dan 439 aset ketenteraan.
Antara kelainan yang dibawa kali ini ialah perbarisan Kontinjen Komuniti Malaysia MADANI diterajui Kementerian Perpaduan Negara, yang merupakan kontinjen terpanjang berpakaian etnik lengkap beraksesori bagi melambangkan kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini.
Disertai 800 peserta, keunikan kontinjen itu ditonjolkan melalui alatan (prop) dan persembahan khas sebagai simbolik perpaduan masyarakat antaranya kumpulan kompang, chingay, tarian naga dan singa, tarian merak, perarakan kuda serta pahlawan Bajau sekali gus mewarnai sambutan kali ini.
Kontinjen Komuniti Malaysia MADANI merupakan antara tujuh komponen perarakan tahun ini yang terdiri daripada Kontinjen Kesejahteraan dan Keselamatan, Kontinjen Kenegaraan, Kontinjen Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Kontinjen GLC dan GLIC, Kontinjen Industri Kreatif dan Penyiaran serta Kontinjen Sukan Negara.
Turut menarik perhatian, Kontinjen Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang melibatkan 67 kenderaan sempena ke-67 tahun kemerdekaan dengan peserta daripada pelbagai latar belakang, kaum serta profesion termasuk penjawat awam mahupun swasta.
Kontinjen itu merupakan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 yang telah menjelajah sejauh 8,551 kilometer merangkumi 162 hentian di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan dan akan meneruskan misi memupuk semangat patriotik sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Kota Kinabalu, Sabah.
Buat julung kali juga, perbarisan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diketuai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sekali gus menjadi satu kebanggaan kepada warga PDRM atas kesudian pucuk pimpinan tertinggi turun padang bagi bersama-sama menjayakan perarakan tahun ini.
Seperti kebiasaan sambutan Hari Kebangsaan, pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menggamatkan ruang udara Putrajaya dengan deruan enjin jet pejuang seperti Sukhoi SU-30, F/A 18D Hornet dan Hawk MK 208.
Selain itu, bakal dipertontonkan persembahan tempur tanpa senjata daripada 250 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang penuh aksi dan bertenaga yang pastinya memukau para pengunjung.
Selain itu, persembahan tarian bertajuk "Cuci Rasuah" didedikasikan khas kepada perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi amalan itu akan turut dipersembahkan sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024 menutup tirai.
SUMBER:Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Kemudahan Tandas Awam Di Malaysia - “Berhenti Menormalkan Tandas Tanpa Bidet"

gempak
03/11/2024
09:25 MYT
Tular di platform X dimana seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan tandas awam di Malaysia kerana kebanyakannya tidak mempunyai bidet atau dikenali sebagai alat pencuci.
Gaya Hidup

30,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Sepanjang Cuti Deepavali

gempak
02/11/2024
05:55 MYT
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Viral

Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"

gempak
28/10/2024
04:27 MYT
Pereka fesyen Ezuwan Ismail memilih untuk tidak membaca komen negatif dan keterlaluan terhadap busana yang direkanya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.
Hiburan

Pesona 5 Pasangan Cinta Nusantara

gempak
27/10/2024
06:56 MYT
Di dunia ini, jatuh cinta bukan hal yang rumit namun yang sukar adalah mempertahankan cinta yang pernah terbit. Apa lagi apabila ia membabitkan cinta jarak jauh.
Hiburan

“Dengan Umur Saya Ketika Itu…”- Rizal Rasid Pilih Jadi Penyanyi, Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Pramugara

gempak
26/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid mendedahkan dia sanggup berhenti kerja sebagai pramugara untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi.
Unitar