Berita
“Sampai Almari Itu Pecah…” - Zahirah Macwilson Dedah Kena Lempar Dengan Maya Karin
Pelakon Zahirah Macwilson akui mudah bekerjasama dengan pelakon senior seperti Maya Karin dalam Bulan & Pria Terhebat.
Menurut Zahirah dia mempunyai pengalaman yang hebat bersama Maya Karin.
“Kalau nak bercakap mengenai pengalaman berlakon dengan pelakon yang lebih berpengalaman, saya rasa setiap orang ada perjalanan mereka yang tersendiri.
“Jadi, saya tak membandingkan diri saya dengan mereka,” katanya kepada Gempak.
Selain Zahirah dan Maya Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Menceritakan babak paling mencabar yang dilakukan bersama adalah ketika badannya perlu dilempar oleh Maya ke dalam almari.
“Babak paling memberi kesan kepada saya ketika bertarung dengan Maya Karin adalah apabila saya perlu ‘dilempar’ ke dalam almari.
“Ia agak mencabar dan meletihkan kerana babak itu dilakukan beberapa kali sehingga almari itu pecah.
“Namun akhirnya ia berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan serius,” ceritanya lagi.
Filem hebat yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini bakal menemui penonton pada 12 Mac depan.
Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.
Must-Watch Video