Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha meluahkan rasa kecewanya apabila negara masih lagi berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown) yang bersambung sehingga 28 Jun ini.

Menerusi laman sosial Twitter, Daiyan berkongsi luahan dalam bentuk ciapan itu untuk tatapan umum.

“Sampai bila nak kena duduk rumah ni, sampai bila tak boleh keluar ni, sampai bila asyik kena sabar ni, sampai bila kena rasa tak ada harapan ni, sampai bila dia nak kita macam ni,” tulisnya menerusi satu ciapan.

Di ruangan komen, ramai wargamaya yang turut sama berkongsi luahan yang sama kerana total lockdown ini telah menyebabkan ramai yang terjejas pendapatan.

Namun, ada juga yang kekal positif dan optimistik Malaysia boleh menangani pandemik COVID-19 seperti negara-negara lain.

“Sampai abang Jamil mampos,” komen seorang wargamaya.

“Sampai bila nak online class, sampai bila nak wfh, sampai bile nak hadap line slow camni, sampai bila nak hadap semua ni, sampai bila nak berkurung huhu,” luah seorang wargamaya.

“Sampai bila kan, income and pendapatan sendiri terjejas sebab lockdown, kes setiap hari takda perubahan sangat, nak bagi vaksin pun slow, kita dah penat hampir sebulan kena lockdown mcm ni, jadi persoalan dia sampai bila,” soal seorang wargamaya.

“By December, we will reach herd immunity. Put some hope on the vaccination team. They almost got 200k jabs per day yesterday,” kata seorang wargamaya.

“Aduh, kita semua faham perasaan ini. Namun, harap semua kekal fikir positif musim PKP ni,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan Daiyan tersebut telah meraih 8,000 tanda suka dan 10,000 tanda suka daripada warga Twitter.