Pelakon Remy Ishak mengakui terkesan dengan pemergian pelakon veteran Idris Md Diah pada Isnin.

BACA: Pelakon Veteran Idris Mohd Diah Meninggal Dunia

Kata Remy, Idris atau lebih mesra disapanya Abang Dris antara pelakon yang mempercayai dan menghargai bakatnya sebelum popular.

"'Dik... Insya-Allah kau boleh pergi jauh, bukan senang nak cari pelakon yang ada ‘rasa’, abang percaya dengan kau. Tak percaya? kau tengoklah nanti'

"Ayat abang Dris bagi waktu aku mula-mula masuk bidang lakonan.

"Masa tu aku tengah berlakon drama telemovie dengan Abang Dris & Uncle Abu Bakar Omar, zaman awal sebelum aku jadi ‘Remy Ishak’.

"Tak ada orang yg kenal, tak ada siapa-siapa yang percaya dengan aku masa tu. Sampai ke hari ni terngiang-ngiang suara Abang Dris kat telinga," getusnya.

Inalillahiwainaillahirhojiun... . “Dik... In shaa Allah kau boleh pergi jauh, bukan senang nak cari pelakon yang ada ‘rasa’, abg percaya dengan kau. Tak percaya? kau tengoklah nanti”. . ayat abg Dris bagi waktu aku mula2 masuk bidang lakonan. Masa tu aku tengah berlakon drama telemovie untuk RTM dengan Abg Dris & Uncle Abu Bakar Omar, zaman awal sebelum aku jadi ‘Remy Ishak’. Tak ada orang yg kenal, tak ada siapa-siapa yang percaya dengan aku masa tu. Sampai ke hari ni terngiang-ngiang suara abg Dris kat telinga. . Semoga Abg di tempatkan kalangan orang yg beriman dan beramal soleh. Amin ya rabb Al amin. ?? Idris Mat Diah 1959 - 2020 Al Fateha (dibaca) photo credit : @501awani

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on


Remy turut melayangkan doa dan ucapan takziah atas kehilangan pelakon tersebut.