“Sampai Hati Kata... - Berbalas Statement, Bekas PA ‘Pucuk Muda’ DSV Kecewa Apabila…
Kemelut antara usahawan Datuk Seri Vida dan bekas ‘pembantu peribadi’ dikenali sebagai Abang Qu nampak gayanya masih belum berakhir.
Isu berbalas kenyataan serta ‘perang’ media sosial itu dilihat mula tercetus apabila pemuda bernama Syed Qushairi Syed Mahmud Iskandar itu mendedahkan yang dia tidak lagi berkolaborasi bersama Vida.
Menerusi video yang tular, Abang Qu menjelaskan dia tidak menerima sebarang tawaran atau perjanjian berkaitan pekerjaan yang dimaklumkan.
Menurutnya, Vida pada awalnya sekadar menawarkan peluang untuk ‘berkolaborasi’ dan bukanlah sebagai PA yang sebenar memandangkan usahawan kosmetik itu sudah mempunyai ramai individu yang bekerja sebagai PA.
Pun begitu, kenyataan berkenaan seolah tidak disenangi Vida apabila mendakwa Abang Qu cuba mengambil kesempatan untuk popular.
“Dia sengaja mahu isu diperbesarkan,” kata Vida.
Susulan daripada itu, Abang Qu menerusi beberapa posting di Instagram tampil memperjelaskan keadaan sebenar.
“Tiada istilah meraih populariti, followers di instagram pun dari sebelum sampai sekarang tak jauh beza. Di Tiktok pun memang begitulah dari dulu.
“Sampai hati kata nak meraih populariti.
“Kalau pekerja buat baik yang dapat nama baik bukannya pekerja tu, majikan yang dapat. Sampai hati kata macam tu,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, Abang Qu turut memuat naik gambar perbualan antara dia dan Vida yang membuktikan usahawan berkenaan yang terlebih dahulu menghubunginya.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Sekadar info, Abang Qu diambil bekerja selepas beberapa bulan Vida tidak dibantu susulan kemelut bersama bekas PA, Iqbal Zulkefli.
Ada yang mendakwa Abang Qu dibayar gaji RM10,000 sebulan oleh DSV.
BACA : Vida Perkenal PA Baharu 'Pucuk Muda' Handsome, Gaji Lebih RM10,000 - "Kalau Saya Cari Yang Tua Nanti Ngantuk Ngak Ngak"