Laman Utama

Sampai Kaunter Bayaran Baru Tercari-Cari Dompet, Didi Astillah Terkejut Kena Maki - "Dia Kata Bodoh Betul"

gempak
Amri Hassan
22/04/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
Sampai Kaunter Bayaran Baru Tercari-Cari Dompet, Didi Astillah Terkejut Kena Maki - "Dia Kata Bodoh Betul"
Penyanyi dan pelakon Didi Astillah terkejut apabila tiba-tiba dimaki oleh seorang pelanggan ketika sedang beratur di kaunter bayaran sebuah pasaraya di Sabah baru-baru ini.
Kata Didi, 24, kejadian mula tercetus apabila dia sedang menunggu ibu saudaranya datang dari luar pintu bagi menghulurkan dompetnya yang tertinggal di dalam beg.
"Saya cuti shooting, jadi ke groceries shopping dengan ibu saudara saya. Ketika sedang beratur untuk membayar, rupa-rupanya dompet saya tertinggal di dalam beg dia. Saya menghubunginya untuk berpatah balik dan menghulurkan dompet saya untuk membuat bayaran.
"Ketika ibu saudara saya sedang ke mari, seorang lelaki di belakang saya berkeras dan saya maklumkan kepadanya tunggu sekejap. Dia kata 'bodoh betul'.
"Saya terkejut apabila dia berkata begitu dan menyuruhnya bersabar. Tetapi dia terus berkasar dan berkata sesuatu yang kurang enak. Padahal dia boleh jer bayar di kaunter sebelah," kata Didi menerusi sesi siaran langsung di Instagram baru-baru ini.
Ketika lelaki berkenaan sedang marah-marah, adik kepada Bella Astillah itu sempat mengeluarkan telefon dan merakamkan foto lelaki berkenaan kerana tindakan melampaunya.
"Kurang ajar dan biadab sangat-sangat. Masa dia marah-marah saya sempat rekod video dia dan dia ugut nak saman saya. Saya tak faham kenapa dia kurang ajar.
"Setahu saya rupa-rupanya dari dalam lagi dia sudah marah-marah pekerja di situ. Jadi, kejadian ini menjadi peringatan kepada saya adn semua orang, kalau kita tegur orang dengan cara baik, orang akan terima dengan baik.
"Bila cakap begitu dan buat-buat bagus, orang takkan pandang you. Suruh saya berbudi bahasa tetapi dia cakap orang bodoh," tambahnya.
Justeru, Didi berkongsi foto lelaki berkenaan di media sosialnya untuk mendapatkan kerjasama daripada netizen.
"Saya tak nak kecoh-kecoh tetapi saya kecewa dengan apa yang lelaki itu buat. Saya nak lelaki ini tahu saya berani je post pasal dia sebab dia pun nak saman saya. Let's do it!" ujarnya.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen ada dalam kalangan warganet yang kurang bersetuju dengan tindakan Didi.
"Pada pendapat saya, kamu pun kena sabar dengan dia. Tak payah nak rekod-rekod dia. Lagilah dia hangin. Kamu biarkan dia sebab kamu tak buat salah apa kan. Senyum, senyap, bayar dan pergi. Simple," tulis @ayu_anuar.
"Bisinglah kau ni. Kau ingat kau artis semua benda betullah," tambah pengguna lain.
"Begini bah tu sis, siapa-siapa pun akan marah kalau sudah depan kaunter baru tercari-cari wallet apa lagi macam kes you, baru auntie mahu datang hantar wallet. Kita tak tahu orang kejar masa atau apa, ada yang sabar ada yang macam lelaki itu," nasihat pengguna lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024