Laman Utama
"Sampai Lunyai Orang Tua Ni" - Geng Basikal Lagak Samseng, Pukul Warga Emas & Tinggal Tepi Jalan
Seorang lelaki warga emas dipukul oleh sekumpulan geng basikal selepas ditegur tentang tatacara menunggang basikal di jalan raya.
Kongsi pemilik akaun Facebook, Aizal Wariner, bapanya itu dipukul hingga cedera pada muka dan anggota badan ekoran tidak berpuas hati dengan teguran terbabit.
"GENG GENG BASIKAL BANGSAT. Lu orang memang lebihlah, kau pukul bapak aku sampai macam ni, sampai lunyai orang tua ni, korang tinggal dia je eh.
Advertisement
"Kau bawa basikal macam setan, lu wrong way, pastu jerit maki suruh bapak aku ke tepi, bapak aku tegur cara bawak, lu orang tak menyabar takde borak ape-ape, terus kasi bapak aku lunyai eh," kongsinya.
Menceritakan lebih terperinci tentang insiden tersebut, katanya berlaku pertengkaran kecil sebelum bapanya dipukul dan ditinggalkan tepi jalan.
"Tak pe, tak dapat tak pe, korang salah orang pukul orang tua ni, memang ada berlaku pertengkaran, tapi lu nak bertengkar sampai keluar anak tekak aku tak kisah.
"Tapi tu bukan lesen untuk kau nak tolak rembat bapak aku, tu orang tua sial, dah terbaring merangkak berkicap bapak aku tepi jalan lu tinggal macam tu je, ingat dia binatang ke?
"Makin bertambah jijik pulak aku dengan geng-geng basikal ni, aku dapat korang yang buat macam ni, makan tak habis bro," tambahnya.
Aizat meminta jasa baik orang awam yang menjadi saksi kejadian agar menghubunginya untuk tindakan selanjutnya.
"Lu relax, Subang ni tak besar, kejap je ni. Siapa yang ada nampak kejadian tolong roger aku ye, kejadian berlaku kat area Kampung Melayu Subang, depan sikit selepas traffic light simpang masuk Seri Cahaya," tegasnya.
Sehingga artikel ini ditulis, Gempak masih belum mendapat maklum balas dari Aizat mengenai perkembangan terkini keadaan bapanya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video