Laman Utama

Sampai Main Kepala, Anak Tiri Kacau Caprice Bekerja - “Muka Daddy Tahan Geram Tu”

gempak
Azwa Rahman
18/11/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
Sampai Main Kepala, Anak Tiri Kacau Caprice Bekerja -  “Muka Daddy Tahan Geram Tu”
Penyanyi rap Caprice mencuri perhatian ramai apabila dilihat tenang melayan karenah anak tirinya, Aleesya Sofea ketika dia sedang bekerja.
Menerusi platform TikTok, isteri yang baharu sahaja dikahwininya, Farra Inalis Hussni berkongsi momen bapa dan anak tersebut untuk tatapan umum.
“Daddy tengah kerja dia kacau,” tulis Farra di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi 25 saat itu, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, termenung di hadapan komputer riba sambil anak tirinya duduk di atas bahu sambil bermain dengan kepalanya.
@elis620
Daddy tengah kerja dia kacau ?
♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod
Perkongsian gelagat dua beranak tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-rata kurang selesa melihat seorang anak bermain dengan kepala bapanya kerana berpendapat perbuatan tersebut agak ‘kurang ajar’.
Namun tidak kurang juga ramai yang mengusik Caprice terpaksa menahan sabar kerana baru sahaja berkahwin dengan ibu kepada anak tersebut.
@TUCUN PIPOLッ:netizen malaysia takleh nak lepas geram kat caprice so Allah hantarkan anak tirinya untuk mewakili rakyat malaysia untuk memeningkan kepalanya HAHAHAHAHA”
@bioserv:Muka daddy tahan geram. Nak marah anak bini. Dari kecik kena ajar. Jangan besar naik kepala”
"@Fieyrxx:Aiyoo bole ek biar anak dah besar main kepala macam tu. I’m sure ayahnya tak selesa tapi tak sampai hati nak marah sebab baru kawen”
@Farizjefri:Kelakar baca comment semua. Macam duduk sebumbung dengan caprice dan wife. Bukan dia ketuk kepala ke sepak apa. Caprice rileks korang yang tak chill lmao”
@ahmadfarhan782:Caprice dah menyirap tu tapi sebab content dia rela”
@nrlzulaika99:Aku tak nampak pun muka cap tu marah, dia ngantuk lagi adalah”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1.5 juta tontonan oleh warga TikTok.
Minggu lalu, Caprice membuat kejutan apabila berkahwin tanpa sebarang hebahan media dengan Farra, 26, yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu.
Pernikahan pasangan mempelai berlangsung sekitar pukul 5 petang, Isnin, di Tanamekar The Hills, Petaling Jaya, Selangor.
Farra yang juga seorang usahawan dan Instafamous mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea daripada perkahwinan terdahulu serta mendedahkan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024