Pelakon Wawa Zainal akui sedih dan berat hati untuk melepaskan pembantu rumahnya yang sudah berkhidmat dengannya selama ini pulang ke Indonesia.

Pun begitu, Wawa memberitahu dia terpaksa akur dengan perpisahan tersebut.

“Selamat jalan Salma, bibik kesayangan ku.

“Sangat berat nak lepaskan orang yang kita sayang tapi Wawa sedar setiap pertemuan pasti ada perpisahan… Jaga diri mu.

“Terima kasih atas semua memori,” katanya.

Isteri kepada Aeril Zafrel itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik momen-momen pembantu rumahnya bersama keluarganya.

Apa yang menarik perhatian di akhir video tersebut, Wawa memasukkan sejumlah wang kertas rupiah yang tebal di dalam sebuah kotak hadiah.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersedih apabila menonton video berkenaan.

Sekadar info, Wawa dan Aeril yang berkahwin pada tahun 2012 itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)