,
Laman Utama

Sangat Pentingkan Kebersihan Ketika Pandemik...Nak Masuk Rumah Ibu Fatty Kena Spray Nyah Kuman Dulu!

Asraf Aided
30/01/2021
08:50 MYT
Pelakon senior berbakat, Fatimah Abu Bakar sentiasa menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan untuk mencegah jangkitan wabak COVID-19.
Menurut Fatimah, dia mula melakukan langkah-langkah pencegahan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu sehingga kini.
"Saya memang sentiasa menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan dan keselamatan ketika pandemik ini, memang saya sudah mula lakukan sejak pelaksanaan PKP tahun lalu lagi.
"Kalau pergi ke rumah saya, anda boleh tengok berapa banyak botol produk nyah kuman yang saya gunakan.
"Salah satu cara saya berusaha mencegah jangkitan, orang yang masuk ke rumah akan disembur dengan semburan nyah kuman terlebih dahulu, kemudian barulah boleh masuk," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam perkembangan lain, Fatimah kini membintangi filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Kerana Korona.
Difahamkan, watak yang dipegang Fatimah itu mempunyai sedikit kesinambungan dengan rutin kebersihannya mencegah COVID-19.
"Dalam filem ini, saya jadi seorang wanita yang takut dengan jangkitan COVID-19 dan sangat menjaga kebersihan dan langkah pencegahan.
"Adalah sedikit persamaan dengan diri saya di luar, cuma saya tidaklah begitu obses mengamalkan langkah-langkah pencegahan itu," katanya lagi.
Kerana Korona mengisahkan tiga cerita yang mempunyai pertalian, ia membawa penonton lebih menghayati nilai murni serta melihat dari sudut positif di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bukan itu sahaja, bagi babak di kampung yang ditonjolkan, mesej yang cuba disampaikan adalah apabila terjadi PKP ia membuatkan masyarakat Malaysia lebih bersatu membantu antara satu sama lain agar dapat sama-sama meneruskan perjuangan dalam waktu getir.
Selain Fatimah, Kerana Korona turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.
Ia sudah menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) mulai 21 Januari lalu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Sekarang Dia Masih Ingat Saya…” - Tersentuh Jiwa, Fatimah Abu Bakar Teringat Situasi Ibu

gempak
22/02/2023
08:50 MYT
Momen dengan ibu bapa paling bermakna.
Laman Utama

Bukan Lakonan Dikritik Tetapi Fizikal Jadi Sasaran Netizen, Qasrina Karim Sedih – “Orang Kecam Dahi Saya Besar”

gempak
27/08/2022
09:00 MYT
Qasrina Karim pernah jadi mangsa body shaming
Laman Utama

Qasrina, Emma Rebut Senduk! Ramai Teruja Tengok Poster Senduk Swap - "Bukan Saja Berasap, Meletup-Letup Ni"

gempak
16/08/2022
09:55 MYT
Confirm berasaplah dapur bila Qasrina dan Emma Sofea terlebih kacau! Apa lagi bila keluar poster kedua-dua mereka sedang berebut senduk.
Laman Utama

Dua Dunia Terlebih Kacau, Apa Pula Senduk Swap Ni?

gempak
04/08/2022
13:16 MYT
Drama bersiri terbaharu Senduk Swap menjadikan lebih drama dan bukan semata-mata berkongsi resepi dan fantasi.
Laman Utama

Rashidi Ishak Tak Potong Rambut, Ummi Nazeera Tak Sedar Hamil! Ini 5 Perkara Anda Tak Tahu Berkaitan Kerana Korona

gempak
10/02/2021
01:20 MYT
Filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Kerana Korona telah menjengah pawagam di rumah anda sejak 21 Januari lalu.