Laman Utama

Sanggup Racun Isteri Sampai Mati Sebab Nak Kahwin Adik Ipar

gempak
Gempak
02/04/2023
04:40 MYT
Sponsor Banner
Sanggup Racun Isteri Sampai Mati Sebab Nak Kahwin Adik Ipar
Seorang lelaki dan juga suami sanggup bertindak kejam apabila meracun isterinya sendiri demi menunaikan hasrat untuk mengahwini adik ipar sendiri!
Lelaki dengan nama Berry Primanael yang berasal dari Lampung bagaimanapun sudah berjaya ditangkap polis.
Menurut kronologi kes, lelaki berusia 28 tahun tersebut meracun isterinya sampai mati selepas hasratnya untuk berkahwin dengan adik kandung wanita itu ditentang.
Oleh kerana sakit hati impian berkahwin dengan adik ipar sendiri dihalang, dia pun nekad meracun isterinya sampai mati.
Kejahatannya meracun isteri sampai mati hanya terbongkar apabila abang wanita itu membuat laporan kepada pihak polis selepas berasa curiga dengan cara kematian adiknya.
Kenyataan polis mendedahkan suspek telah membeli racun jenis pottasium yang berbentuk serbuk secara online sebelum diberikan kepada isterinya.
Mengulas lebih lanjut, suspek sanggup melakukan perbuatan di luar kewarasan tersebut selepas mendapat tahu adik iparnya hamil satu bulan hasil hubungan gelap mereka.
“Suspek telah menjalin hubungan gelap denga adik iparnya seperti suami isteri. Adik iparnya hamil satu bulan dan mahu dia bertanggungjawab.
“Dia minta izin kahwin, tapi dibantah, lalu mengambil keputusan membunuh isterinya sendiri,” kata wakil pihak polis seperti dilaporkan Detik.com.
Diketahui suspek dan isterinya sudah memiliki dua anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live