,
Berita

Saphira Screen Enggan Bayar Raja Mohamad Kerana Langgar Kontrak

Rozaimi Zubaidi
05/07/2017
09:29 MYT
Penerbit Saphira Screen Sdn Bhd, Hasniza Nordin, 42, menolak tuntutan bayaran yang diminta oleh bekas pengurus produksi, Raja Mohamad Mohd Ismail sebanyak RM27,431.81 untuk tiga buah drama terbitan syarikat tersebut.
Menurut Peguam yang mewakili Saphira Screen Sdn Bhd, Mohd Faiz Iskandar Hamzah, berkata, anak guamnya enggan membuat bayaran akhir kepada Raja Mohamad kerana telah melanggar perjanjian kontrak yang ditandatangani sebelum ini.
"Kami tidak mahu membayar jumlah tersebut kerana terdapat beberapa keraguan terhadap nilai tuntutan yang dibuat oleh Raja Mohamad.
"Tuntutan sebanyak RM 27,431 yang dibuat oleh Raja Mohamad merangkumi jumlah bayaran akhir untuk drama Biar Aku Jadi Penunggu beserta tuntutan perbelanjaan sepanjang penggambaran drama itu.
"Namun apabila dikaji semula jumlah tuntutan tersebut, anak guam saya hanya bersetuju untuk membayar sebanyak RM9,680.94 kerana baki jumlah selebihnya mempunyai keraguan.
"Pihak anak guam saya turut memberi sumbangan ihsan sebanyak RM4,000 kepadanya namun pihak Raja Mohamad enggan menerima cek yang dihantar pada 16 Jun lalu," katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu, Hasniza, berkata, dia enggan melangsaikan baki bayaran akhir bagi drama Biar Aku Jadi Penunggu sebanyak RM12,300 daripada jumlah yang dituntut kerana kontrak tersebut telah dibatalkan akibat berlaku pelanggaran perjanjian.
"40 peratus baki bayaran drama tersebut tidak dilakukan oleh pihak kami kerana berlaku pelanggaran kontrak oleh Raja Mohamad tetapi saya enggan menjelaskan secara terperinci mengenai masalah berkenaan memandangkan keadaannya yang sedang sakit sekarang ini," jelasnya.
Sebelum ini, penerbit filem Pak Pong, Raja Mohamad menuntut syarikat produksi Saphire Screen Sdn Bhd menyelesaikan tunggakan pembayaran sebanyak RM27,000 ketika dia berkhidmat sebagai pengurus produksi untuk tiga drama terbitan syarikat itu.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ Memang Gempak! Siap Ambil Telefon Peminat Untuk Rakam Video

gempak
23/11/2024
13:55 MYT
Tak sampai dua jam, tapi Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ sememangnya memberi satu memori yang tidak akan dilupakan oleh peminatnya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Gaya Hidup

#FinancialFaiz: Duit Tabung Kecemasan, Pelindung Di Saat Perlu

gempak
23/11/2024
12:25 MYT
Pendidik Kewangan, Faiz Azmi atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz menyatakanmemiliki tabung kecemasan adalah satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.
Unitar