Gosip yang mengatakan pasangan Sari Yanti dan pelawak Jep Sepathu bercinta akhirnya terjawab apabila pelakon jelita itu mengungkapkan kata cintanya secara terbuka kepada penyampai radio Sinar fm itu.
Tanpa berselindung, Sari dilihat menulis ayat I Love You (Saya Cintakan Awak) menerusi ruangan komen ketika Jep sedang melakukan siaran langsung menerusi Instagram (IG) Live semalam.
Selain mengungkapkan kata cinta, akaun IG Sari itu dilihat telah menurunkan komen lain seperti Handsomenya (Kacaknya) di paparan skrin komen IG Live Jep.
Nampaknya Sari sudah tidak mampu menyembunyikan rasa cintanya kepada Jep setelah sekian lama mengambil pendekatan untuk berdiam diri mengenai hubungan mereka.
Meskipun sebelum ini, mereka tidak pernah mengaku bercinta namun dari foto-foto bersama yang dikongsikan mereka berdua menerusi Instagram masing-masing kelihatan mesra dan intim seperti pasangan bercinta.
Malah terdahulu, Jep dilihat telah bersama menyambut hari lahir Sari dalam satu majlis yang romantik dan tertutup.
Sari juga turut diundang menyertai Jep di dalam program Sepahtu Reunion Live beberapa minggu lalu.
Jep dan ahli Sepahtu yang lain seperti Shuib dan Rahim bersiaran secara langsung dari Sound Stage Studio Finas setiap hari Jumaat jam 10 malam dalam Sepahtu Reunion Live.
Sepahtu Reunion Live turut ditayangkan terus menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134)
Berikut merupakan paparan skrin yang menunjukkan komen Sari kepada Jep:
Teks oleh Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Fri Jan 27 2017
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.