Laman Utama
Sasar Olimpik Paris, Shah Firdaus Minta Berhenti Serang Jack Carlin Kerana Perlanggaran- “Itulah Adat Pertandingan”
Pelumba basikal Malaysia, Shah Firdaus mengalami kemalangan ketika berlumba dalam pusingan kelayakan masuk suku akhir acara keirin di velendrom Olimpik Tokyo 2020 akibat perlanggaran daripada atlet Great Britain, Jack Carlin.
Kemalangan itu telah mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia yang rata-rata simpati dengan nasib Shah Firdaus.
Justeru lebih segelintir rakyat Malaysia atau penyokong tegar Shah Firdaus yang tidak berpuas hati dengan kemalangan yang berlaku telah menyerang Instagram (IG) peribadi Jack Carlin.
Tindakan netizen itu telah menyebabkan Jack terpaksa menutup ruangan komen di entri gambar yang dibuat.
Oleh itu, Shah yang sedar dengan kemarahan dan rasa khuatir rakyat Malaysia akan kondisinya, telah memohon rakyat Malaysia supaya berhenti melakukan serangan siber kepada atlet Grad Britain itu.
“Terima kasih kepada yang menyokong dan prihatin. Keputusan X-Ray dan CT Scan menunjukkan saya berada dalam keadaan baik dan masih boleh meneruskan perlumbaan.
“Kepada semua penyokong saya, tolong jangan membuat sebarang tuduhan atau menghakimi pelumba lain. Kemalangan biasa berlaku di trek perlumbaan terutama dalam Keirin tetapi tiada siapa yang mahu ia terjadi. Itu lah adat perlumbaan,” katanya.
Shah berkongsi perkara tersebut di IG Story miliknya.
Sementara itu, Shah Firdaus yang mengenepikan kesakitannya semalam, tetap turun bertanding dalam acara semi final hari ini selepas meloloskan diri dalam acara suku akhir.
Meski berada di posisi keenam dalam heat yang dilaluinya sekali gus tidak layak mara ke semi final, semangat dan usaha atlet kelahiran Muar, Johor ini tetapi dipuji.
Biar kecewa, dengan penuh semangat, Shah Firdaus juga memastikan dirinya untuk kembali dalam temasya sama empat tahun lagi yang dijadualkan berlangsung di Paris.
"Pasti, saya pasti ke Paris (olimpik). Saya masih bersemangat," katanya dalam temubual bersama Astro Arena.
Acara keirin Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan Datuk Azizulhasni Awang membawa pulang pingat Perak untuk Malaysia.
Must-Watch Video