Berita
Satu Per Empat Tidak Mahu Vaksin, Usaha Menentang COVID-19 Boleh Gagal - WEF
Sekitar 74 peratus golongan dewasa di peringkat global sedia diimunisasi bagi menentang virus COVID-19 sekiranya vaksin itu tersedia.
Bagaimanapun, angka itu dijangka masih tidak mencukupi untuk menentang virus yang pantas merebak itu, lapor Astro Awani.
Itu dapatan kajian dilakukan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bersama firma kajian pasaran Ipsos melibatkan hampir 20,000 responden merentasi 27 negara antara 24 Julai hingga 7 Ogos lalu.
Secara majoriti, para responden dari semua negara menyatakan kesanggupan untuk mendapatkan vaksin.
Responden dari China merupakan paling berminat dengan 97 peratus menyatakan mereka mahu divaksin sementara Rusia adalah negera terendah iaitu hanya 54 peratus.
Namun, antara yang dibimbangkan adalah apabila satu per empat daripada warga dunia menyatakan tidak berminat untuk mendapatkan vaksin.
"Pengurangan 26 peratus berhubung keyakinan terhadap vaksin cukup untuk menggagalkan keberkesanan pelan vaksinasi COVID-19," kata Ketua Pembentukan Masa Depan Kesihatan dan Penjagaan Kesihatan WEF, Arnaud Bernaert.
Kesan sampingan vaksin menjadi alasan utama para responden yang memilih untuk tidak diimunisasi.
Antara faktor lain yang dinyatakan golongan ini termasuk persepsi negatif terhadap vaksin selain akui tidak berisiko dijangkiti virus tersebut.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video