Penyanyi Nabila Razali meraikan kejayaannya tersendiri dengan membeli sebuah rumah idaman.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila berkongsi foto di hadapan rumah barunya itu untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah syukur ya Allah. One more achievement unlocked. My dream house!” tulis Nabila di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, kelihatan Nabila sudah menerima kunci dan berdiri di luar rumahnya yang berkonsepkan seperti negara Maghribi.

A post shared by ? (@nabila.razali)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah serta memberikan pujian terhadap rumah baru pelantun lagu Peluang Kedua itu yang serba cantik.

That balcony up there! Congrats Bella,” tulis Ramona Zamzam.

Tahniah Bella, murah rezeki,” kata Alif Satar.

Alhamdulillah yeay nak datang please,” komen Uyaina Arshad.

House warming jangan lupa whatsapp. Congratulations babe, you deserve this,” ujar Syifa Melvin.

Tetiba aku terbayang kalau jiran dia tu fans Nabila Razali. Uish untungnya hari-hari jumpa Bella,” usik seorang wargamaya.

Cantiknya rumah macam tu! Tahniah girl, im so proud,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 90,000 tanda suka daripada pengikutnya.