Pelakon Shakilla Khoriri berpendapat soal penerimaan pasangan dalam kehidupan adalah satu perkara yang tidak boleh disesali.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Shakilla, seseorang individu akan mendapat pengajaran walaupun telah melalui kesakitan bersama pasangan.
"Satu perkara yang kau jangan menyesal adalah penerimaan pasangan kau dalam hidup kau.
"Walaupun kau sejenis nasib malang dapat pasangan yang Masya-Allah perangai tapi jangan menyesal sebab walaupun kau sakit hati, tapi kau belajar sesuatu yang akan membuat kau bertambah power dalam menjalani kehidupan kau with or without pasangan kau, trust me!" tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Shakilla turut mengatakan kita harus menempuhi kehidupan dengan tabah dan menerima lumrah hidup.
Shakilla mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini menerusi lakonan dalam drama serta telefilem tempatan.