Pelakon Shah Iskandar menjelaskan bahawa dia mempunyai permit perjalanan yang sah untuk merentas negeri sewaktu pulang ke kampung mentuanya di Pulau Pinang ketika sambutan Aidilfitri.

Menurut Shah, dia pulang ke kampung isterinya itu pada 19 Mei lalu kerana hal kecemasan apabila perlu membawa bapa mentuanya ke hospital.

"Saya merentas negeri pada 19 Mei lagi atas permit kecemasan. Bukan merentas secara tidak sah. Saya kena bawa bapa mentua ke hospital sebab tak ada orang boleh memandu. Ada hal kecemasan kakinya bengkak.

"Permit balik Kuala Lumpur semula pun saya mohon di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan," katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, isterinya, Siti Sarah Mohd. Noor memuat naik gambar meraikan hari lebaran bersama ahli keluarganya.

Raya 2020 ? . #wishcometrue #syukur #Alhamdulillah #genghijau #happymommy

A post shared by Sarah Norris (@imsarahnorris) on


Perkongsian foto itu kemudian mengundang tanda tanya netizen yang mempersoalkan bagaimana pasangan tersebut boleh merentas negeri bagi pulang beraya di kampung.

Bagaimanapun, menurut Shah, dia kini sudah berada di Kuala Lumpur.

"Tak ada beraya mana sangat pun, adik-beradiknya yang lain pun tak boleh balik. Jadi, isteri saya tolong masak sikit-sikit sahajalah.

"Kami pun tak boleh lama. Sekarang sudah di Kuala Lumpur sebab isteri ada check-up kandungan dengan doktor," katanya.



Sebelum ini, Shah mendedahkan dia bakal bergelar bapa selepas empat tahun menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

BACA: "Saya Jadi Terlebih Manja Dengan Isteri" - Shah Iskandar Teruja Nak Sambut Baby Oktober Depan

Saksikan drama lakonan Shah Iskandar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!