Balu kepada pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenang pemergian suaminya yang genap lapan bulan semalam.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Hidayah menulis nukilan khas buat arwah.

Menurut Hidayah dia akan sentiasa memegang amanat Abam supaya menjaga satu-satunya anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dengan baik.

“10.10.2020 8 bulan abang pergi, yang hidup pasti akan mati. Sayang (panggilan diri Hidayah oleh arwah) akan menyusul kemudian abang.

“Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah,” katanya.

Dalam kemas kini tersebut Hidayah memuat naik rakaman video dia bersama anaknya.

Kata Hidayah, bukan mudah untuk meneruskan hidup tanpa suaminya namun dia harus yakin dengan perancangan Allah.

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang disisi sangat sukar. Sangat susah,dan sangat sakit nak lalui semua tapi kekuatan sayang keluarga.

“Alhamdulliah sayang bangun untuk capai impian kita sekarang sayang dah ada kedai berkat doa dari semua orang.

“Aku yakin padaMu, Ya Allah, Aku yakin pada rancanganMu. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya,” luahnya lagi.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.

10.10.2020 8bulan abang pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang akan menyusul kemudian abang..sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah .. Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi Sangat sukar,Sangat susah,dan sangat SAKIT nak lalui semua,tapi kekuatan sayang keluarga alhamdulliah sayang bangun? untuk capai impian kita sekarang sayang dah ada KEDAI berkat DOA dari semua orang ?.. Aku yakin padaMu, Ya Allah .. Aku yakin pada rancanganMu .. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya .. AL-FATIHAH suamiku syed Umar Mokhtar #cintasyurga #rindudalamdoa #kitabaikramaisayang #hamzahanakibudanayah#allahbersamaku #sikasihabam #anaksoleh #abamjunior

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on