TERKINI
“Saya Akan Rasa Sedih Kalau Kakak Kahwin” – Irfan Haris
Penyanyi, Irfan Haris meluahkan rasa sedih jika kakaknya, Amira Othman mendirikan rumah tangga.
Namun sebagai adik, pelantun lagu Pesan itu mahu melihat Amira bahagia di samping seorang suami yang boleh menjaganya dengan baik.
“Kalau kakak saya kahwin, saya akan rasa sangat sedih. Saya harap sesiapa sahaja yang kahwin dengan kakak saya dapat menjaganya dengan baik.
“Kakak saya berhak untuk dapatkan lelaki yang baik sebab dia pun seorang yang baik,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menitipkan doa dan harapan yang baik buat Amira selain memuji keperibadiannya yang sederhana dan menjaga batas sebagai selebriti wanita.
“Kita tengok Amira tu pun tau dia baik..harap Fattah jaga dia dengan baik kalau Fattah kawin dengan Amira.
“Saya pun dapat rasa kebaikan Nadia Amira Othman.. sbb aura positif & jaga batas tanpa kontroversi.. suka aura dia.. moga amira bahagia selalu
“Aku percaya diorg keturunan baik2.insyallah akn ada jodoh yg baik2.Amin.
“Tengok gaya kakak awak memang orang jujur.. Memang rugi lh fatah tak nak sama dia.. Kami doa semoga amira jodoh sama fatah,” tulis netizen.
Terdahulu, sebuah berita melaporkan desas-desus berkenaan Fattah dan Amira yang sedang menunggu hari bahagia mereka tidak lama lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada pihak Fattah dan Amira tentang perkara tersebut.
Must-Watch Video