Laman Utama

"Saya Baca WhatsApp & DM IG Dia..." - Isteri Dedah Tegar Kerap Pinjam Duit, Hairan Padahal Cukup Makan Minum

gempak
Shahrin Zulkifle
28/06/2022
23:40 MYT
Sponsor Banner
"Saya Baca WhatsApp & DM IG Dia..." - Isteri Dedah Tegar Kerap Pinjam Duit, Hairan Padahal Cukup Makan Minum
Isteri kepada penyanyi Indonesia, Tegar Septian, Sarah Sheilka seakan-akan memberi bayangan bekas suaminya kerap meminjam wang daripada orang sekeliling.
Kata Sarah, Tegar sering berhubung dengan individu rapat untuk meminta bantuan kewangan demi menyara isteri dan anak.
“Saya membaca di Whatsapp dan DM Instagram, dia sering meminjam duit dengan orang terdekat dan menggunakan alasan untuk digunakan kepada Isteri dan anak.
“Untuk apa kami meminjam duit sedangkan duit simpanan kami masih ada, Tegar sendiri tahu perkara itu.
“Begitu juga dengan makanan, alhamdulillah tidak pernah tak cukup, sentiasa ada namun mengapa dia kerap kali meminjam wang.
“Sekarang duit simpanan sudah dibahagi sama rata dan saya tidak akan ambil tahu sekiranya selepas ini dia akan meminjam wang lagi,” tulisnya.
Semalam heboh berita perceraian Tegar dan Sarah yang mengejutkan ramai pihak.
Penyanyi berusia 20 tahun itu memaklumkan berita perceraiannya menerusi hantaran IG Story petang semalam dan mendakwa perakhiran rumah tangganya disebabkan beberapa faktor termasuk kesempitan wang.
Untuk info, Tegar dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 2 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024