HIBURAN
“Saya Baik-Baik, Sibuk Dengan Muzik Balik” – Kes Naim Daniel Disebut Semula 19 September
Pertuduhan amang seksual fizikal melibatkan penyanyi dan pelakon, Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditetapkan semula pada 19 September ini untuk sebutan pengurusan kes.
Ketika ditemui media selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Isnin, Naim berkata sesi berkenaan hanya melibatkan penyerahan dokumen semata-mata.
“Saya datang untuk serah dokumen sahaja dulu.
"Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih semua.
"Alhamdulillah, saya dalam baik-baik dan tengah sibuk dengan muzik saya balik.
Sekarang pun saya sedang sibuk menulis lagu juga,” katanya ringkas.
Prosiding di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary itu turut dihadiri peguam bela, Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, yang mewakili Naim.
Menurut Nur Syafiah, prosiding hari ini hanyalah untuk menyerahkan dokumen daripada pihak pembelaan kepada pendakwaan.
“Pada hari ini telah ditetapkan untuk sebutan serahan dokumen di mana pihak pembelaan telah menerima dokumen daripada pihak pendakwaan.
Tarikh seterusnya telah ditetapkan pada 19 September untuk sebutan pengurusan.
Jadi pada pengurusan kes itu kami akan lihat sekiranya ada pertambahan dokumen yang akan diserahkan oleh pihak pendakwaan jika ada,” jelasnya.
Untuk rekod, pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun tujuh bulan bagi tujuan seksual.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: OHBULAN!
Must-Watch Video