LAMAN UTAMA
"Saya Bangun Dengan Bersemangat"- Teruskan Tuntutan Cerai, Puteri Sarah Tiba Bersama Adik Di Mahkamah Syariah
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira kira jam 10.25 pagi untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah yang memakai jubah serta tudung serba hitam itu hadir bersama dua orang adik beradiknya.
Pelakon itu disambut oleh lebih 10 media yang menunggu di perkarangan mahkamah sejak awal pagi tadi.
"Semalam balik shooting jam 1 pagi dan hari ini sudah bersedia untuk segalanya.
"Pagi ini saya bangun dengan bersemangat," katanya ringkas kepada media sebelum meneruskan urusannya.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin membuat, tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu yang dikatakan tidak menemui jalan perdamaian.
Malah enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Foto: Azrul Rafi
Must-Watch Video