Pelakon Mawar Rashid akui banyak belajar sejak menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Menurut Mawar, dia juga mempunyai prinsip untuk sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.

"Secara peribadi, Alhamdulillah saya banyak belajar dalam dunia perniagaan, saya ada prinsip kalau nak buat sesuatu, kena buat betul-betul.

"Malah, sebelum saya mulakan perniagaan produk saya, saya sudah ikuti kelas terlebih dahulu supaya saya dapat jalankan perniagaan dengan baik," jelasnya.

Mawar berkata demikian ketika ditemui di majlis ulang tahun pertama jenama penjagaan kulit miliknya, Mawarose sekaligus melancarkan produk kedua dari jenama itu baru-baru ini.

Tambah Mawar, dia juga gembira melihat rakan-rakan selebriti yang turut menceburkan diri dalam perniagaan.

"Saya gembira melihat rakan-rakan selebriti yang turut menjalankan perniagaan.

"Saya rasa mahu bantu mereka, kalau saya boleh capai tahap yang dimahukan, kenapa mereka tak boleh.

"Dari perniagaan juga banyak mengajar saya untuk memperbaiki cara bercakap, dan semestinya banyak ilmu yang diperoleh," katanya lagi.