Berita

“Saya Baru Nak Kahwin…”- Neelofa Batal Perkahwinan Kerana PKP?

gempak
Syafiqah Jalal
17/04/2020
06:08 MYT
Sponsor Banner
“Saya Baru Nak Kahwin…”- Neelofa Batal Perkahwinan Kerana PKP?
Pelakon Neelofa memberitahu sepatutnya dia akan mendirikan rumah tangga bulan ini, namun ia ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Namun kenyataan itu diberikan secara berseloroh ketika sesi temu bual secara online bersama penyampai radio dalam segmen Johara PKP Era iaitu Johan, Ray dan Hanif semalam.
“Sekarangkan kita perlu batalkan semua majlis perkahwinan dan segala acara.
“Saya baru nak kahwin!”katanya berseloroh sambil ketawa.
Kenyataan Neelofa itu membuatkan tiga penyampai radio itu tidak dapat menahan gelak tawa.
Hanif kemudian menyambut kenyataan Neelofa dengan mengajaknya berkahwin di Jepun.
“Memandangkan Neelofa tadi puji kebersihan negara Jepun, jom kita kahwin di Jepun,” katanya dengan nada gurau.
Temu bual itu berlangsung selama lebih enam minit dan mereka membincangkan mengenai situasi terkini mengenai arahan PKP serta perancangan Neelofa dalam kerjaya dan hidupnya.
Saksikan temu bual penuh di Instagram rasmi Era.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live