Laman Utama

“Saya Belum Jadi Suami Yang Sempurna…” – Aliff Aziz Rindu Bella Astillah

gempak
Mya Amri
09/09/2020
14:42 MYT
Sponsor Banner
“Saya Belum Jadi Suami Yang Sempurna…” – Aliff Aziz Rindu Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat hari ini.
Sempena hari istimewa itu, Aliff membuat coretan menyatakan rasa rindu dan syukur kerana memiliki isteri sebaik Bella.
Coret Aliff, dia masih belum menjadi suami yang sempurna namun dia akan mencuba sebaiknya.
“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang.
“Saling mengenali selama 7 tahun dan menempuh banyak rintangan bersama sejak itu.
“Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat.
“Dengan adanya anak-anak kami, @aydenadrean17 dan @araadreanna, saya berdoa wabak ini segera berakhir dan saya dapat bertemu mereka.
“Semoga tahun-tahun mendatang untuk kita lebih diberkati. InsyaAllah... I love you,” tulisnya.
Bella rujuk kembali dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selepas bercerai pada 16 Mei 2019.
Pasangan ini dikurniakan anak, Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live