Laman Utama

"Saya Berada Pada Usia Di Mana..."- Zizie Izette Tampil Dengan Imej Baharu

gempak
Syafiqah Jalal
26/04/2023
13:45 MYT
Sponsor Banner
"Saya Berada Pada Usia Di Mana..."- Zizie Izette Tampil Dengan Imej Baharu
Pelakon Datin Seri Zizie Izette Abd Samad, 44, terus mencuri perhatian ramai yang kebanyakan memuji kecantikannya selepas tampil dengan imej baharu.
Zizie Izette memberitahu dia kini lebih selesa dengan dirinya sendiri dan tidak mahu mempedulikan apa jua tanggapan orang terhadap dirinya.
"Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, sukalah saya dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal. Kalau tak suka, itu masalah kamu.
"Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita. Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan," katanya.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu berkongsi luahan itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan dia memuat naik foto dengan solekan yang cantik serta berambut merah dan baju berona biru.
Hantaran tersebut juga telah mendapat pujian ramai yang rata-rata suka dengan penampilan terbaharunya.
Tidak kurang juga yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
"I like you as a person and that's all that matters. Yang lain tolak tepi. Selamat Hari Raya," komen pengacara Nadia Anuar.
Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette.
Pasangan itu turut mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna, 4, dan Aaric Zayn Izette, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live