Aktres jelita, Lisa Surihani menjelaskan dia memakai tudung bukan kerana disuruh oleh suaminya, Yusry Abdul Halim.

Menurut Lisa, dia masih berusaha untuk mencari hidayah dan membuat keputusan memakai hijab adalah bukan perkara mudah.

"Perkara ini bukan atas suruhan suami saya, tapi mungkin saya dapat rasakan yang dia ingin saya buat keputusan sendiri.

"Ia bukanlah keputusan yang dilakukan semalaman, saya telah lama memikirkan tentang perkara ini, sebab saya berhijab juga adalah peribadi.

"Saya tak nak cakap saya mendapat hidayah, saya masih berusaha mencari hidayah, apa yang saya lakukan adalah berdoa agar sentiasa diteguhkan hati," kata Lisa kepada Gempak.

Lisa ditemu bual selepas sesi rakaman program Tanya Doktor Imelda di Astro Bukit Jalil semalam.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tanya Doktor Imelda yang dihoskan oleh Lisa bersama pakar sakit puan, Dr. Imelda.

Program ini akan mula ditayangkan pada 4 Julai ini, setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).