Laman Utama

“Saya Beri Nafkah Kepada Anak-Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal, Saya Ada Bukti” – Sering Difitnah Aidil Zafuan Akhirnya Bersuara!

gempak
Fiza Kamarudin
24/01/2021
11:34 MYT
Sponsor Banner
“Saya Beri Nafkah Kepada Anak-Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal, Saya Ada Bukti” – Sering Difitnah Aidil Zafuan Akhirnya Bersuara!
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Aidul Zafuan, tampil bersuara mengenai pembayaran nafkah terhadap anak-anaknya selepas sekian lama berdiam diri meskipun berdepan fitnah dan tuduhan berkaitan perkara tersebut.
Aidil yang juga tonggak pertahanan kelab bola sepak terkuat Asia Tenggara iaitu JDT FC meluahkan rasa terkilan menerusi muatnaik terkini di laman sosial Instagram (IG)nya petang tadi.
Menerusi kemaskini tersebut, Aidil berkata kenyataan dikeluarkan kerana mahu wargamaya jelas dan faham mengenai perkara sebenar.
Aidil turut menjelaskan tidak pernah gagal memberikan nafkah bulanan kepada anak-anaknya dan mempunyai bukti transaksi.
Tambah Aidil lagi dia difahamkan ada tuduhan mengatakan dirinya tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anak dan menuduhnya seorang bapa yang tidak bertanggung jawab.
Katanya lagi selama ini dia bertindak mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan tambahan lagi apabila memikirkan impak media sosial terhadap anak-anak yang sedang membesar.
Dalam pada itu, bekas suami kepada aktres Rita Rudaini ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu-individu yang masih mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, penghinaan dan cacian yang boleh menyebabkan imej, karier dan nama keluarganya tercalar.
Bagaimanapun katanya, dia telah memaafkan sesiapa sahaja yang telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dan menganggap mereka tidak tahu perkara sebenar.
Sementara itu di ruangan kaspyen Aidil berharap agar semua pihak jelas dengan kenyataan dikeluarkan dan tidak akan menjelaskan apa-apa lagi selepas ini.
“Saya harap anda semua jelas dengan penjelasan saya. Saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi selepas ni dan saya akan serahkan semua kepada peguam saya untuk tindakan lanjut.
“Berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yang anda sendiri tidak pasti yang boleh menjatuhkan fitnah.
“Saya minta anda jangan comment benda yang boleh mendatangkan perbalahan saya dan mengeruhkan lagi keadaan saya dengan pihak di sebelah sana. Cakap dan doa yang baik-baik sahaja.
“Banyak benda yang kita boleh fikirkan di dalam situasi yang sedang melanda kita sekarang dari kita melemparkan kata-kata yang boleh mendatangkan fitnah,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live