Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Sham Visa memberitahu bahawa doktor mengesahkan dirinya mengalami masalah Chronic Laryngitis iaitu kecederaan pada bahagian peti suara.

Menurut Sham, 47, dia juga dimaklumkan bahawa masalah kecederaan itu mungkin mengambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya.

"Saya baru buat pemeriksaan kesihatan pada kotak suara. Doktor ambil satu alat macam wayar yang ada kamera. Jadi, dimasukkan ke bahagian rongga sehingga ke peti suara.

"Dari situ doktor nampak ada kecederaan yang mungkin makan masa lama untuk sembuh," katanya menerusi beberapa entri di Instagram semalam.

Sham turut berkongsi rakaman videonya ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Instagram.

#repost @mindorder Sesungguhnya jatuh sakit & ujian yang menimpa itu adalah penghapus dosa. Doakan kesihatan abg sham & segala perancangan dipermudahkanNya, inshaAllah.. ?? . [ Full Video di youtube @mindorder ] . #MindOrder #MindOrderManagement #ShamVisa #ShamxMindOrder #ShamGV19 #GegarVaganza2019 #GV6 #shamvengers @shamvengers @mindorder

A post shared by Bluetooth Sham (@shamvisa.official) on



Begitupun, kata Sham, dia akan tetap cuba untuk meneruskan perjuangannya di pentas GV2019 minggu ini.

"Sekarang ini, saya berserah dan tawakal sahajalah. Apapun saya akan berusaha sebaik mungkin, ambil ubat secara teratur dan buat petua yang kalian berikan.

"Saya perlu kembali menyanyi untuk korang semua, itu janji saya," katanya.

Pada minggu lalu, persembahan Sham sedikit mengecewakan apabila berada di kedudukan tiga tercorot ketika menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta.

BACA: "Persembahan Tak Bagus, Saya Sedia Kalau Tersingkir" - Sakit Tekak Luar Biasa, Sham Visa Terpaksa Rockkan Lagu Afgan

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.