Bekas ratu cantik Moscow 2015, Rihana Oksana mendedahkan dia mengalami depresi postpartum atau dalam erti kata lain 'meroyan'.

Jelas Rihana, 26, perasaannya boleh bertukar-tukar daripada gembira hingga benar-benar tertekan sehingga 10 kali dalam masa sehari disebabkan situasi itu.

"Sangat kerap saya mendengar fenomena ini daripada individu yang baru bergelar ibu. Kelahiran bayi boleh mencetuskan pelbagai emosi, daripada teruja, seronok hingga keresahan.

"Namun, ia juga boleh menjadikan anda sesuatu yang tidak terduga iaitu depresi.

"Bagi saya, apa yang saya perhatikan mood saya boleh berubah dengan cepat, daripada ceria menjadi sangat tertekan dan ia boleh berlaku daripada sekali hingga 10 kali dalam tempoh sehari.

"Dan ia mula terjadi selepas dua bulan saya melalui proses kehamilan," tulis Rihana menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

Tambah Rihana, kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami situasi itu selepas melahirkan bayi.

"Wanita yang baru bergelar ibu biasanya mengalami postpartum baby blues selepas bersalin, yang biasanya menjadikan seseorang itu jiwa kacau, keresahan dan sukar untuk tidur.

"Jadi, saya mahu bertanyakan kepada ibu-ibu muda bagaimana anda melalui fasa ini?" getus Rihana lagi.

Postpartum depression?????? Very often I hear from new moms about this phenomenon The birth of a baby can trigger a jumble of powerful emotions, from excitement and joy to fear and anxiety. But it can also result in something you might not expect — depression. For me, I can notice, that I have very quickly change of mood, from very happy and to very stressed, and it can happened from 1 to 10 times a day... And it started from the 2nd month after my pregnancy... Most new moms experience postpartum "baby blues" after childbirth, which commonly include mood swings, crying spells, anxiety and difficulty sleeping. I wanted to ask young moms how did you go throw this period of your life?

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on


Meninjau ruangan komen di Instagram Rihana, ramai dalam kalangan netizen bersimpati atas situasi yang dilalui Rihana dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Rihana sebagai memetik laporan media antarabangsa sebelum ini dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan pada November 2018 dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Tengku Ismail Leon Petra yang kini berusia tiga bulan.​