Ibu kepada pelakon Noor Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed membuat keputusan untuk membatalkan permohonan cap dagangan Daging Harimau Menangis.
Kartini memaklumkan perkara itu menerusi sidang media secara maya yang berlangsung hari ini.
Menurutnya, dia akan membuat pembatalan itu secepat mungkin selain berharap keputusan itu dapat meredakan dan menjelaskan keadaan sebenar.
“Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.
“Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.
“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melidungi jenama perniagaan saya dan juga untuk melindungi agen-agen jualan kami dari masalah produk tiruan.
“Dan sesungguhnya tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya dari Allah S.W.T.
“Dengan penjelasan ini saya harap isu ini telah selesai dan tidak perlu diperpanjangkan lagi,” jelasnya.
BACA:Kontroversi Permohonan Trademark ‘Daging Harimau Menangis’ Mak Neelofa, Ramai Tak Perasan Sebenarnya….
BACA: “Letaklah Harimau Mengilai Ke, Harimau Beranak Ke, Harimau Kentut Ke” - Ibu Neelofa Mohon Maaf
BACA: “Belum Lulus Atau Jadi Hak Eksklusif” - Isu Harimau Menangis, MyIPO Nasihat Ibu Neelofa Supaya Tidak...
Terdahulu, Pengasas Aunty Tini Kitchen dan ibu kepada Neelofa, Datin Kartini menerima kecaman hebat di media sosial selepas tindakannya mempatenkan cap dagangan daging harimau menangis hingga mengundang rasa berang wargamaya.
Mya Amri
Thu Jan 14 2021


“Jangan Menangis Jenama Kita Ditiru” - Cubaan MyIPO Buat Punchline, Netizen Bandingkan Perbadanan Ini Dengan…
Boleh tahan, percubaan yang bagus! Penuh mesej!

“Saya Pun Baru Berniaga 2 Minggu” - Khairul Aming Buat Keputusan Mengejut Stop Jualan Sambal? Ini Puncanya...
Aduh ramai tak dapat merasa lagi ni

Viral! Apa Ke 'Gila' Koleksi Zip Tie Ini Dijual Jenama Jepun Dengan Harga Lebih RM2 Ribu
Jenama Moschino pernah merilis gaun seperti plastik sampah

Pengakuan Safiey Illias Tentang Kerap Buat Pembedahan Wajah Memang Berani Mati, Macam Mainan Pula Dibuatnya
Dah tu kenapa operate muka tu?

Duduk Rumah RM141 Juta Tapi Air Pancur Kylie Jenner Lemah Betul!
Alahai air yang keluarnya pun...

Bakal Buat Kemunculan Semula, 2PM Hanya Tunggu Kepulangan Junho!
Put your hands up guys! 2PM is back!

10 Tips Tipu Bini: Brother Love Ni Memang Legend, 10 Tips 10 'Pesen' Dia Bagi!
Masih kekal di tangga pertama carta Top 5 Astro First, watak Brother Love yang dipegang Datuk Awie 10 Tips Tipu Bini menjadi perhatian penontonnya.

Teruskan Ibu Ambil GAMBAR Anakmu, Setiap Hari Fizikalnya Berubah – Kenangan Adakala Perlu Dirakam.
Kita bukan obses, tapi sebagai ibu kita berhak untuk meraikan hari-hari bersama si bayi dengan cara kita sendiri. Pedulikan apa orang nak kata jika itu buat ibu bahagia, dan mencipta ‘bonding time’ dengan si kecil.

Saat Ari Wibowo Blak Blakan soal Pindah Agama

COVID 19: 14 Kematian, Penambahan Kes Terus Mendadak, Selangor & Sabah Pegang Rekod Tertinggi Lagi
Makin bertambah, jadi jaga SOP ya guys!