Usahawan kosmetik, Safiey Illias mengatakan dia sangat suka melakukan pembedahan kosmetik sehingga menyamakannya dengan perbuatan menukar tuala mandi sahaja.

Safiey menulis perkara itu ketika membalas komen netizen di Instagram baru-baru ini.

Pada mulanya, seorang individu mengatakan Safiey masih kelihatan lelaki meskipun sudah menghabiskan banyak wang melakukan pembedahan.

Tidak berdiam diri, Safiey mengatakan itu hanya mentaliti individu itu sahaja kerana dia mempunyai minat yang mendalam untuk melakukan pembedahan kosmetik.

"Tak apa, itu mentaliti awak, saya buat operation sebab ia my passion dan macam saya tukar tuala mandi saja," tulis Safiey.

Walaubagaimanapun, entri yang memaparkan video Safiey menyuntik muka menggunakan kaedah kosmetik tertentu itu telah dipadam.