Viral
"Saya Bukan Keturunan Maui!" - Nourul Perjelas Foto Lengan Anak 'Bertatu'
Penyanyi Nourul Depp menjelaskan tentang situasi sebenar lengan anak lelakinya, Raphael Depp yang didakwa netizen bertatu.
Jelas Nourul, tatu pada lengan kiri anak lelakinya itu hanyalah stiker dan tidak logik untuk dia bertindak mencacah tatu pada anaknya.
"Macam real je tatu tu kan. Padahal sticker semata-mata.
"Sampai ada yang tanya kot saya tatukan anak.
"Logiknya, saya bukan keturunan Maui dari Hawaii atau New Zealand," tulis Nourul menerusi Instastories bersama sekeping foto anaknya itu.
Dalam perkembangan lain, Nourul kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas selamat melahirkan anak bongsunya pada 30 April lalu.
Cahaya mata keempatnya itu diberi nama Isabella Depp dan Nourul masih merahsiakan wajah anak perempuannya itu.
Penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
Must-Watch Video