Berita

"Saya Bukanlah Pemain Bola Yang Hebat, Tetapi Saya ....." - Zaquan Adha Dedah Punca Sering Jatuh Atas Padang

Rozaimi Zubaidi
18/04/2019
04:13 MYT
Kapten pasukan bola sepak Malaysia, Mohd Zaquan Adha mengakui mempunyai sebab kenapa sering kali jatuh ketika berada di atas padang.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zaquan menjelaskan kecederaan yang dialami sebelum ini membuatkan dia sering jatuh.
"Alhamdulillah, bukan riak tetapi saya ingin berkongsi kepada semua atau rakan-rakan. Saya bukanlah pemain bola yang hebat tetapi saya tau saya mempunyai semangat yang kuat dan dikelilingi keluarga yang sentiasa berada dikala saya jatuh.
"Sepanjang kerjaya saya bermain bola selama ini saya pernah mengalami 4 kali operations ACL, 1 kali scop di lutut, 1 kali operation di tangan.
"Jika ada yang sentiasa sering mempersoalkan kenapa saya sering jatuh di padang ini lah sebenarnya yang saya terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan ACL ia dikira sebagai satu kecacatan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan saya sering jatuh.

Alhamdulillah..bukan riak tetapi sy ingin berkongsi kepada semua dan rakan2..sy bukanlah pemain bola yg hebat tetapi sy tau sy mempunyai semangat yg kuat dan dikelilingi keluarga yg sentiasa berada dikala sy jatuh..sepanjang karea sy bermain bola selama ini sy pernah mengalami 4kali operations ACl 1kali scop di lutut,1 kali operation di tangan ..jika ada yg sentiasa sering mempersoalkan kenapa sy sering jatuh di padang ini lah sebenarnye yg sy terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan ACL ia dikira sebagai satu kecacatan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan sy sering jatuh..tetapi apa pun alhamdulillah sy bersyukur allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada sy untuk terus bermain sehingga sekarang..jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yg mengalami kecederaan tolong jgn giveup..percaya pada rezeki anda kuatkan semangat anda..set dalam pemikiran anda yg anda kuat dan yg paling penting jaga kedua ibu bapa kt.. sy dikritik dan diminta supaya bersara bermain bola tetapi sy yakin rezeki itu datang dari allah dan sy percaya apa yg diberi adalah amanah dari allah..apa yg paling penting sy tidak akan berputus asa,sebab org yg berputus asa adalah org yg gagal..ambil kutukkan dan cacian mereka ini sebagai satu pembakar semangat untuk kt bangkit.ikhlas jujur dengan kerja kt insyaallah benda yg baik akan datang kepada kt..kita manusia biasa dan bukan sentiasa akan berada di atas..

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

"Alhamdulillah saya bersyukur Allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada saya untuk terus bermain sehingga sekarang, jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yang mengalami kecederaan tolong jangan giveup," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Zaquan dan mendoakan agar dia segera sembuh sepenuhnya daripada masalah yang dialaminya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Hanglah Batu Api Besar, Tak Sudah-Sudah Acah Terpaling Bagus" - Rita Rudaini

gempak
06/04/2024
01:54 MYT
Pelakon Rita Rudaini tampil mempertahankan dirinya
Hiburan

Zaquan Adha Tak Masuk Campur Isu Rumah Tangga Aidil Zafuan Dengan Rita Rudaini, Hanya Doakan Yang Terbaik

gempak
05/04/2024
08:55 MYT
“Saya tak ada apa-apa komen,” berikutlah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha berikutan kemelut rumah tangga pasangan kembarnya, Aidil Zafuan dengan bekas isteri, Rita Rudaini. Menurut Zaquan atau nama sebenarnya Zaquan Adha Abdul Radzak, 37, memaklumkan dirinya tidak mencampuri urusan keluarga abangnya
Sukan

Zaquan Adha Bukan Menangis Sebab Tak Sambung Kontrak, Tapi Rupa-Rupanya Kerana ...

gempak
20/03/2024
00:51 MYT
Bekas kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Razak mengumumkan persaraannya selepas kontraknya tidak disambung.
Laman Utama

“Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha

gempak
08/06/2023
07:55 MYT
Semoga cepat sembuh Zaquan Adha!
Laman Utama

“Bila Tengok Awak Lawan Sakit Bertarung Nyawa…” - Sentiasa Di Sisi, Zaquan Adha Hargai Pengorbanan Isteri Bersalin Anak Keenam

gempak
05/05/2023
23:47 MYT
Zaquan ucap terima kasih pada isteri.