,
Berita

"Saya Cuba Nak Berdiri Atas Motor, Tapi.." - Baby Shima Cedera Jatuh Motosikal Ketika Penggambaran

ZULHILMI JALIL
29/06/2020
02:48 MYT
Penyanyi Baby Shima mengalami kecederaan selepas terjatuh daripada atas motosikal yang diboncengnya sewaktu menjalani sebuah penggambaran di Puncak Alam, Selangor.
Menurut Shima, kejadian berlaku apabila dia gagal mengawal diri ketika cuba berdiri di atas motosikal.
"Saya cuba-cuba berdiri di atas motor untuk satu babak aksi ini. Kemudian apabila motosikal itu menekan brek, saya terjatuh.
"Disebabkan saya cuba menahan dengan tapak tangan terlebih dulu, itu yang bahagian tangan kiri saya cedera," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Menurut Shima, dia kemudian dibawa ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Penggambaran tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu dahulu.
"Lepas tangan saya elok, baru sambung semula. Apapun, keadaan saya sekarang okay sahaja," katanya.
Terdahulu, Shima menerusi satu entri di Instagram berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan tanggannya yang berlumuran darah selepas terjatuh daripada motosikal.
Bahkan, menerusi satu entri di Instagram Stories, Shima turut memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa menangguhkan proses penggambaran yang masih lagi berbaki.
Saksikan program yang menampilkan Baby Shima di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Viral

Berlagak Pakai BMW, Remaja Teruk Dihencap Netizen Sebab Hina Penunggang Motosikal - "Muka Pun Macam..."

gempak
03/09/2024
13:55 MYT
"Kerana mulut badan binasa", itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan individu yang tidak menjaga percakapan sehingga memakan diri.
Hiburan

Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”

gempak
02/09/2024
02:52 MYT
Pendakwah, Da’i Fuad tampil menjawab teguran penyanyi, Baby Shima yang mendakwa dirinya pilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.
Hiburan

Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

gempak
01/09/2024
21:55 MYT
Tindakan pendakwah bebas Da'i Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed mendapat perhatian penyanyi Baby Shima.
Viral

Kejadian Sama Masih Berulang, Pemuda Nyaris Cedera Terpijak Paku Terpacak Di Rawang

gempak
01/09/2024
11:25 MYT
Tular sepotong video memaparkan seorang lelaki hampir tercedera selepas terpijak satu objek tajam seperti paku di atas sebuah jalan raya di Emerald, Rawang.