Laman Utama

"Saya Dah Bersedia..."- Zara Zya Beri Bayangan Kahwin Tahun Ini?

gempak
Syafiqah Jalal
21/02/2023
02:46 MYT
Sponsor Banner
"Saya Dah Bersedia..."- Zara Zya Beri Bayangan Kahwin Tahun Ini?
Pelakon Zara Zya akui dirinya kini sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Memberi bayangan seolah-olah hatinya sudah dimiliki, Zara, 38, apabila ditanya soal jodoh tidak menafikan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
"Ada lah. Ada (tentang perkahwinan) tapi nantilah (bakal dedahkan). Bukan fasal (berkahwin) saya sekarang dah nak menginjak usia 40 tahun atau apa.
“Perkahwinan ini perlu tanya diri kita sama ada dah bersedia atau belum. Insya-Allah saya dah bersedia untuk bergelar isteri tahun ini. Doa-doakanlah,” jawabnya ringkas.
Malah Zara mengelak apabila ditanya tentang gerangan lelaki yang sedang bertakhta di hatinya buat masa sekarang.
Zara ditemui pada acara sambutan ulang tahun penubuhan Noor Arfa ke-43 tahun tadi di Magica Hall, Cheras pada Sabtu.
Mengulas mengenai hubungannya dengan pelawak dan pengacara Shuib, Zara memberitahu ia adalah bertujuan marketing (pemasaran) untuk perniagaan mereka.
Bagaimanapun Zara tetap mendoakan yang terbaik buat Shuib, jika benar jodohnya dengan ahli perniagaan, Watie Hanifiah seperti yang sedang diperkatakan kini.
“Saya rasa semua tahu bahawa hubungan saya dengan Shuib memang untuk ‘marketing’ produk minuman pada waktu itu. Tapi, masih ada juga yang tetap mendoakan (mahu kami bersama).
"Apa-apa pun saya tetap mendoakan Shuib. Sudah tentu saya sebagai kawan mendoakan yang terbaik buat dia.
"Insya-Allah semoga hubungannya dengan siapa pun yang menjadi pilihannya kekal hingga akhir hayat," ujarnya.
Selain Shuib, terbaharu Zara juga turut dikaitkan dengan pelakon Niezam Zaidi apabila kemesraan mereka di media sosial dikatakan seperti pasangan kekasih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024