Pelakon Nina Iskandar mendedahkan dia kini sudah kembali ke berat badan asal selepas melahirkan cahaya pertamanya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember lalu.

Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar berkata dia bersyukur kerana proses penurunan berat badannya dipermudahkan.

“Kalau nak nak tau, saya dah kembali ke berat sebelum hamil. Mungkin tak sebanyak orang lain tapi Alhamdulilah saya bersyukur kerana masih ada progress.

“Masih panjang lagi. Proses ini masih diteruskan belum tamat lagi. Slowly but surely,” tulisnya.

Nina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto terkininya bersama bayi.

Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April lalu dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos tahun lalu di Forest Valley, Cheras.

Kalau nak tau, I am back to my weight pre-pregnancy! Maybe not much as the others but Alhamdulillah still grateful for that, at least ada progress lah kan. I still have a long way to go though! The journey is still on, not over yet. Slowly but surely. ?

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on