Laman Utama

“Saya Dah Mati Banyak Kali…”- Bangun Selepas Jatuh, 4 Kisah Dalam Andai Tiada Covid Beri Inspirasi

gempak
Syafiqah Jalal
17/09/2021
23:08 MYT
Sponsor Banner
“Saya Dah Mati Banyak Kali…”- Bangun Selepas Jatuh, 4 Kisah Dalam Andai Tiada Covid Beri Inspirasi
Siapa sangka meskipun diri pernah putus harapan namun tetap bangun dan memberi satu makna senyuman kepada insan lain.
Mereka adalah empat orang insan yang bangkit ketika diduga waktu awal pandemik atau wabak COVID-19 melanda Malaysia.
Namun insan ini bukan sahaja bangkit untuk dirinya sendiri sahaja malah sanggup melakukan sesuatu bermakna seperti kerja amal demi memberi satu harapan yang cerah buat orang yang memerlukan.
“Saya nak keluar dan tolong orang kerana saya dah mati banyak kali…” kata salah seorang insan hebat itu.
Mereka adalah insan terpilih yang berjaya mengusahakan satu projek atau dana atas usaha sendiri dan bantuan orang lain untuk membantu mereka yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dari latar belakang yang berbeza kisah empat insan ini didokumentarikan khas dalam Gempak Original Mini Documentary berjudul Andai Tiada Covid.
Kisah mereka memberi inspirasi dan tauladan yang boleh menjadi ikutan dan memberi semangat kepada semua untuk bangkit meskipun sudah jatuh berkali-kali.
Ikuti kisah mereka dalam laman YouTube di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live