Gaya Hidup
"Saya Dapat Rasa Kesedihan Ditanggung Emak" - Abang Acap Jelas Situasi Keluarganya
Kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, sejak 23 Mac lalu pastinya memberi kesan kepada keluarganya khususnya ketika menyambut Ramadan.
Menurut abangnya, Mohd Zahiruddin Hassan, 35, kemeriahan menyambut Ramadan kali amat berbeza apabila ketiadaan Acap, malah tiada lagi rutin untuk adik beradiknya berkumpul untuk bersahur setiap kali pertama Ramadan.
"Selalunya sahur pertama Ramadan, kami adik beradik akan berkumpul di rumah emak dan bersahur bersama-sama. Namun kali ini tidak lagi kerana Acap tiada dan saya pula sibuk turun naik ke Gopeng.
“Apapun saya memang dapat rasakan kesedihan ditanggung emak terutama Ramadan dan akan menyambut Aidilfitri nanti,” katanya menerusi Harian Metro.
Menurut Mohd Zahiruddin, dia bersama kumpulannya masih meneruskan pencarian di lokasi adiknya itu dilaporkan hilang, namun ia dilakukan dalam skala kecil pada Ramadan ini.
Terdahulu, Acap dilaporkan hilang 23 Mac lalu selepas tidak menamatkan lariannya pada Gopeng Ultra Trail sebelum rakannya membuat laporan polis bagi membolehkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
SAR kemudiannya dijalankan keesokan namun gagal menemui petunjuk sebelum polis dan bomba memberhentikan operasi pada 17 April lalu bagi membolehkan penduduk melakukan pencarian selepas 26 hari SAR dijalankan.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video