Pelakon, Datuk Rosyam Nor berpendapat pelakon baharu harus diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang lakonan.

Beri peluang pelakon baharu

Menurut Rosyam, dia kurang bersetuju apabila ada yang terus mengecam kualiti lakonan pelakon baharu tanpa memberi peluang kepada mereka untuk memperbaikinya.

“Saya tak boleh terima bila orang cakap artis ini berlakon tak betul dan sebagainya. Mereka orang baru.

“Saya dulu berlakon macam tahi juga. Saya berlakon teruk, kalau anda ingat macam mana dialog saya. Jadi bagi mereka peluang,” katanya ketika ditemui Gempak.


BERITA TRENDING: "Stesen TV Berhak Pilih Atau Boikot Artis Bermasalah" - Rosyam Nor

Rosyam berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Keluang Man bertempat di Royal Malaysian Airforce Base pada Khamis.

Disiplin dari pelbagai aspek

Dalam pada itu, Rosyam menegaskan masalah disiplin bukan sahaja dari segi masa namun ia juga merangkumi watak, skrip dan banyak perkara lain.

Bagaimanapun Rosyam memohon agar semua orang memberi peluang kepada pendatang baharu dalam industri untuk mengubah diri menjadi lebih baik di masa kelak.

“Sebenarnya disiplin ini bukan hanya sekadar datang cepat ke lokasi, ia merangkumi banyak benda. Disiplin dengan watak, skrip dan segala-galanya.

“Kalau nak kata artis tak ada disiplin, masa zaman saya dulu pun dah ada. Janganlah kita hanya nak mengecam artis baharu.

BERITA TRENDING: “Perempuan Ada Duit, Dia Berlagak” - Rosyam Nor

“Kadang-kadang mereka pun bila baru masuk industri ini tak tahu lagi macam mana permainannya. Tapi lama kelamaan mereka akan berubah.

“Bagi masa, bagi peluang untuk mereka berubah. Sejujurnya masa zaman saya dulu ramai juga artis tak ada disiplin.

“Tapi hari ini bila mereka dah matang, mereka dah berdisiplin kerana mereka tahu itu kerja mereka.

“Saya tak boleh terima kalau orang kata artis baharu ini tak ada disiplin, artis baharu ni kayu, itu ini, sama sahaja cuma zaman sahaja berubah,” jelasnya.

Dalam perkembangan baharu, Rosyam kini sibuk menjalani penggambaran untuk filem Keluang Man.

BERITA TRENDING: Ada Yang Pertikai Ketinggian Tak Sama Keluang Man, Nas Muammar Zar Komen - “Saya Sedar, Diri Tak Tinggi Tapi…”