HIBURAN
"Saya Hadir Sebagai Seorang Sahabat" - Bella Astillah
Bella Astillah menegaskan bahawa kehadirannya ke Mahkamah Rayuan Putrajaya adalah sebagai tanda sokongan buat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
BERITA TRENDING: Bella Hadir Sokong Syed Saddiq Di Mahkamah
“Insya-Allah, saya akan datang esok. Saya hadir sebagai seorang sahabat,” ujar Bella ketika ditanya mengenai kehadirannya pada hari Khamis, selepas prosiding hujahan hari kedua ditangguhkan oleh panel tiga hakim.BERITA TRENDING: Rayuan Syed Saddiq, Tiada Keputusan Hari Ini - Hakim
BERITA TRENDING: "Doa Orang Ramai Mengiringimu, Syed Saddiq" - Bella Astillah
Menurut Bella, 31, kehadirannya bukan sekadar tanda sokongan, tetapi juga sebagai seorang rakan kolaborasi yang sentiasa memberi dorongan.“Saya tak pasti jika ada keputusan esok, jadi kita tunggu sahaja,” katanya ringkas.
Terdahulu, Bella turut dilihat bersama ahli keluarga Syed Saddiq selepas sesi prosiding rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Kehadiran Bella di mahkamah nyata mencuri perhatian ramai apabila dia tiba seawal 8.40 pagi mengenakan baju kurung anggun, berdiri di samping Ahli Parlimen Muar itu.
Dalam sidang media selepas prosiding, Syed Saddiq, 33, meluahkan rasa terharu atas sokongan Bella yang sentiasa ada di sisinya.
“Bella adalah seorang wanita yang luar biasa. Saya terhutang budi dengannya,” kata ahli politik itu.
Ini bukan kali pertama Bella memberi sokongan kepada Syed Saddiq. Sebelum ini, dia pernah menemani ahli politik itu ke sidang Dewan Rakyat, di mana mereka tampil sedondon dengan baju Melayu dan baju kurung berwarna senada.
Video kehadiran mereka di Parlimen turut menarik perhatian apabila ia dikongsi oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menerusi laman Facebook.
Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis sebagai tarikh prosiding bagi mendengar rayuan Syed Saddiq dalam usaha mengetepikan sabitan serta hukuman ke atasnya. Kini, semua mata tertumpu kepada keputusan mahkamah yang bakal menentukan masa depan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Must-Watch Video