Laman Utama
“Saya Hampir Buta”- Ben Amir Akui Tertekan
Pelakon Ben Amir akui tertekan selepas mata kirinya didapati hampir buta akibat kemalangan yang dialaminya pada Jun lalu.
Ben atau nama penuhnya Muhammad Ben Amir Sabaruddin, 32, berkata proses pemulihannya amat sukar dan menguji kekuatan mental dan fizikalnya.
“Insiden yang menggubah pandangan saya tentang kehidupan. Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta Proses pemulihan sangat sukar daripada segi mental dan fizikal. Saya sangat tertekan dan lemah,” katanya.
Ben berkongsi perkara itu dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Pun begitu, selepas menjalani pembedahan itu, pelakon drama Chandelier itu memberitahu dia kini semakin sembuh dan sihat.
“Keadaan saya bertambah baik dan saya berasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya.
“Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada di sisi ketika saya berada di tahap paling bawah. Sekarang adalah masa untuk saya maju ke hadapan dan berkembang,” beritahu Ben lagi.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar penglihatannya pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Ben juga berkongsi gambarnya selepas menjalani pembedahan di hospital dan dapat dilihat pada bahagian mata kirinya ditutup dengan alat pelindung buat sementara waktu.
Selain itu, Ben juga pernah berkongsi keadaan matanya kirinya yang berwarna merah menyala, namun sebelum ini tidak berkongsi punca yang mengakibatkan matanya tercedera.
Must-Watch Video