Laman Utama

“Saya Hanya Serah Pada Tuhan” - Pakcik Yang Didakwa Dihina Instafamous Akhirnya Bersuara!

gempak
Hanafis Haris
29/07/2021
06:45 MYT
Sponsor Banner
“Saya Hanya Serah Pada Tuhan” - Pakcik Yang Didakwa Dihina Instafamous Akhirnya Bersuara!

Warga emas yang didakwa telah dihina oleh seorang instafamous lelaki akhirnya tampil bersuara.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, warga emas tersebut berulang kali mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

“Ya terima kasih banyak, saya tak boleh balas, saya hanya serah pada Tuhan.

“Ya dia betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita ubah sendiri nasib kita,” katanya ringkas.

Video pendek berdurasi 13 saat itu ternyata membuatkan ramai netizen sebak apabila warga emas itu kelihatan sugul dan sedih.

“Sabarlah pakcik, dunia penuh dengan kekejaman”

“Kesiannya pakcik dihina macam tu, sabar ya”

“Dia sebak maybe pertama kali orang ambil peduli pasal dia, sedih weh,” tulis beberapa netizen.

Rakaman tersebut telah mencetuskan rasa marah netizen apabila usahawan terbabit mengungkapkan sepotong ayat, "Masa muda dulu menyesal tak?" dengan nada yang dikatakan begitu sombong dalam sesi program keusahawanan dan motivasi sebahagian gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Netizen juga turut menggesa orang ramai agar memboikot jenama fesyen dan produk yang dikeluarkan oleh Instafamous itu bersama isterinya.
BACA: Isteri Influencer Viral Malukan Warga Emas Kongsi Status Tentang Ujian & Pahala, Netizen Warning; "Jangan Play Victim"
BACA: Dah Buat Netizen Bengang, Carl Samsudin Minta Maaf, Dakwa Selama Hidup Tak Pernah Biadab
Antara yang turut menyuarakan ketidakpuasan hati itu termasuklah pelakon terkenal, Aaron Aziz.
BACA: “Gelandangan, Penagih, Pengemis Ke, Lu Kalau Nak Buat Kebajikan…” - Malek Sudah Mari, Aaron Aziz Sound Instafamous!
Sekadar info, susulan daripada video yang tular berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihak polis telah memanggil lelaki terbabit dan dia dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024