Jurusoleh dan influencer terkenal, Mua Bellaz terkejut apabila menerima jemputan ke Majlis Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang akan berlangsung di PICC, Putrajaya pada 20 Disember ini.

Menurut Mua Bellaz atau nama sebenarnya, Nur Nabilah Zulyadaini, 28, ia bagaikan mimpi jadi kenyataan.

“Haaaaaa tudiiiaaaaaa ketaqqq dit dit ni...Maaaaa abah tengok ni... Kak yang dulu-dulu ni maa.. Rezeki kita maa abah suami ku.. Tercalon pon Alhmdulilah dah.

“Betoi ka ni? Selalu tengok dalam TV sahaja…Sebab saya bukan siapa-siapa, hanya suri rumah kampung biasa-biasa saja.. ALLAH laa,” katanya .

Mua Bellaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik paparan skrin mesej pesanan ringkas jemputan yang diterima.

Jurusolek yang sering mempamerkan tutorial solekan di dalam Instagram itu, tercalon dalam Top 5 Anugerah Influencer Meletop AME2020.

Tambah Mua Bellaz dia suduh cukup gembira dengan pencalonan tersebut dan tidak mengharapkan untuk menang.

“Yang ni saya tercalon Aanugerah Influencer Meletop Top 5. Tak menang pon tak apa. Dah tercolon pun syukur Alhmdulilah.

“Kalau menang haruslah saya bermimpi di awangan dengan apa saya kecapi. Tapi mustahil la, yang lain semua hebat-hebat belaka,” katanya lagi.

Selain Mua Bellaz, empat influencer yang tersenarai dalam pencalonan tersebut adalah Cupcake Aishah, Sofyank, Sterk Production dan Syahmi Sazli Production.

AME2020 yang bertemakan Epik Glam dengan tagline Yang Epik, Yang Glam mempunyai 15 kategori itu akan bersiaran secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) pada 20 Disember ini.

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)