Laman Utama
"Saya Harap Orang Berhenti Cakap Pasal Saya" - Kasih Iris Leona
Sejak dua hari lalu, nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona hangat menjadi perbualan netizen.
Malah, nama remaja itu juga trending di Twitter selepas mendapat teguran kerap beraksi di TikTok termasuk video yang dirakam ketika berada dalam kelas di kolejnya.
Ekoran itu, Gempak telah menemu bual Leona untuk mendapatkan sedikit komen.
"Saya tak begitu terkesan dengan kejadian sebegitu, tetapi saya harap orang akan berhenti cakap pasal saya selepas ini.
"Orang selalu meninggalkan macam-macam komen mengenai saya di media sosial, tak kira apa yang saya lakukan, saya rasa segelintir netizen akan masih 'menyerang' saya.
"Tiada apa lagi yang saya boleh buat, saya tak boleh kawal perkara sebegini," katanya kepada Gempak.
Leona berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party di Black Box MAPKL, Publika semalam.
Tambah Leona, dia tahu membahagikan masa untuk belajar dan merakam video TikTok.
Leona juga menegaskan video ketika berada di dalam kelas itu dirakam setelah proses pembelajaran berakhir.
"Mungkin ada pihak menyangka saya buat video TikTok setiap masa, tetapi saya pergi ke kolej untuk belajar.
"Video-video TikTok yang saya kongsi itu dirakam ketika waktu lapang atau selepas kelas tamat," tuturnya menutup bicara.
Must-Watch Video