Laman Utama
“Saya Ingat Birthday Orang Lain…” - Hawa Rizwana Terkejut, Abang-Abang Bomba Sado Buat Surprise!
Pengacara Hawa Rizwana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 hari ini.
Bersempena hari istimewa tersebut, Hawa mengambil peluang untuk mendedikasikan ucapan penghargaan kepada semua insan yang sentiasa berada disekelilignya.
“Alhamdulillah, tanggal 7 September 2022 genap usia saya yang ke 27 tahun. Terima kasih kepada semua yang sentiasa berada bersama saya ketika susah dan senang.
“Saya akan sentiasa mengingati jasa-jasa insan yang banyak menolong saya dari mula pembabitan saya dalam dunia wartawan sehingga sekarang.
“Saya berharap akan sentiasa dikelilingi insan-insan yang baik dan sayang pada saya serta diluaskan rezeki buat mereka,” ujarnya kepada Gempak.
Hawa ditemui usai dia menjadi hos program MeleTop yang berlangsung di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Malah, Hawa turut menerima kejutan dengan diberikan kek ulang tahun oleh beberapa anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Puchong yang juga merupakan tetamu jemputan bagi program berkenaan.
Sementara itu, ditanya apakah perkara yang masih dikejar dalam hidupnya, Hawa berkata dia sentiasa ingin mencuba sesuatu perkara baharu.
“Saya seorang sangat dahagakan ilmu, saya suka mencuba perkara baharu contohnya saya teringin untuk melakukan aktiviti lasak seperti kickboxing dan sebagainya.
“Selain itu, untuk program pengacaraan pula, saya masih ingin belajar dan mencuba lebih banyak lagi jenis rancangan,” tambahnya.
Must-Watch Video