Berita Tempatan “Saya Ingat Dulu Tiada Duit Nak Makan…”- Free Jer, Ebit Lew Sediakan ‘Food Bank’ Untuk… Syafiqah Jalal 11/09/2020 | 17:46 MYT Doakan yer...FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini. Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi. Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew Saudaraku disebalik ujian ada rahmat FoodBank Take What You Need Give What You Can A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on Sep 10, 2020 at 11:19pm PDT Topik Berkaitan #Ebit Lew #Bantu #Tolong #Food Bank Must-Watch Video Read more