Berita
“Saya Ingin Berhenti Jadi Artis, Jika…”- Nabil Ahmad
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad akui merancang untuk berhenti daripada bidang seni jika sudah mempunyai sumber pendapatan lain.
Menurut Nabil, dia tidak mahu sumber pendapatannya bergantung sepenuhnya pada industri seni sampai bila-bila.
“Kalau boleh saya ingin berhenti daripada jadi artis jika saya mempunyai sumber pendapatan lain kerana saya bimbang sampai bila saya hendak bergantung dan mengharapkan industri seni.
“Jadi artis bukannya selamanya orang mahukan kita dan tidak tahu apa nasib di masa akan datang,” katanya kepada Gempak.
Pengacara Gegar Vaganza itu memberitahu dia kini sedang mencari sumber perniagaan lain yang boleh menjana pendapatannya.
"Sebenarnya saya tengah menyiapkan diri untuk cari sumber pendapatan lain. Macam Shuib dia sudah jumpa madu dia dan saya harap dimurahkan rezeki ke arah itu pula.
"Sekarang pada peringkat percubaan jual kosmetik dan baju, Insya-Allah kalau boleh biar perniagaan jadi sumber pendapatan utama," katanya lagi.
Nabil bakal muncul dalam Oh My Family bersama keluarganya mulai 10 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan Astro Ceria (saluran 611) pada setiap Rabu jam 9 malam.
Must-Watch Video